SKETCH ANYONE??



Pada Malam Anugerah Kurshiah Fasa 2, akan diadakan booth untuk melukis potret bagi tetamu yang hadir untuk Malam Anugerah Kurshiah. Masa yang diambil untuk melukis potret bagi satu orang adalah lebih kurang 10 minit. Potret adalah dalam format hitam putih, bahagian yang dilukis adalah dari kepala hingga leher. Harga yang akan dicas bagi satu potret adalah Rm15 sahaja.
Jadi, kepada seluruh jemputan Malam Anugerah Kurshiah Fasa 2, anda semua digalakkan memakai pakaian mengikut dresscode yang telah ditetapkan dan sesuai dengan imej sebagai mahasiswa. Sediakan wang yang secukupnya bagi sesiapa yang berminat untuk wajah mereka dilakarkan sebagai kenang-kenangan.

Pengangkutan Malam Anugerah Kurshiah Fasa 2

  • Perkhidmatan pengangkutan hanya disediakan pada pukul 4 petang dan 6 petang sahaja.
  • Bas akan bertolak tepat pada masanya. Kelewatan anda untuk menaiki bas adalah tanggungjawab anda sendiri.
  • Wang deposit pengangkutan RM5 akan dipulangkan dengan syarat pelajar menaiki bas untuk perjalanan pergi-balik. Perjalanan sehala tidak diterima dan wang deposit tidak akan dikembalikan.
  • Pastikan anda menaiki bas mengikut senarai nama yang telah ditetapkan. Sila semak nama anda pada notis yang telah ditampal pada papan kenyataan di hadapan pintu masuk dewan makan.
  • Sebarang pertukaran bas tidak akan dilayan.
*tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan

M.A.K'09...SHARING IS CARING....

Detik terus berlalu menyaksikan pelbagai pengalaman berharga menjadi teman sehari-harian.Tatkala orang lain sibuk menelaah pelajaran,aku terus-terusan menyemak job track semua penolong pengarah.dah siap ini?dah siap itu?tatkala orang lain lena dibuai mimpi,aku sibuk menyiapkan tutorial yang masih tertinggal.kadang-kadang xmampu namun kugagahi jua..

Hari semakin hampir ke pintu gol utama, dugaan dan cabaran datang bertubi-tubi.makin hari ada saja yang tak kena.melayan karenah birokrasi paling memualkan.tak larat rasanya kudrat ini tetapi mengenangkan ayat dalam surah Al-Baqarah(ayat 286) yang maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,diri ini tetap meneruskan acara.

Selama beberapa tahun menimba pengalaman dalam projek yang sama,pastinya banyak yang dipelajari,namun pengalaman kali ini lebih jauh berbeza.walaupun ini adalah jangkaan awal,namun kadang-kadang sebagai manusia biasa,perasaan penat,letih,fed up dan give up tiba-tiba hadir.Lagi-lagi bila orang-orang di sekeliling tidak dapat memahami isi tersirat yang ingin disampaikan dalam setiap komunikasi dan reaksi.
Mampukah diri ini terus-terusan begini.”conflict of interest” yang berlaku benar-benar menghimpit.kadang-kadang merenung kembali apakah ini dugaan dan ujian ataupun peringatan buat diri…..sabarlah wahai hati,waspadalah selalu.


Manusia hai manusia,begitu hebat ciptaan-Nya yang menjadikan setiap orang berbeza pemikiran,gaya,tingkah laku dan segalanya. Mengajar erti memahami dan difahami.Ia sesuatu yang sukar namun pastinya tidak sesukar untuk menciptakan perbezaan tersebut.Akal yang ada bukti kurniaan Allah yang amat hebat untuk kita mentafsir setiap perbezaan yang kadang kala mampu menimbulkan pelbagai prasangka baik dan buruk.Wahai akal berhati-hati ya.


Selagi akal mampu mentafsir,selagi hati mampu merasa,selagi jiwa masih yang sama.yakinlah kita mampu realisasikan segalanya.tiada yang mustahil jika positif itu adalah pegangan kita.Ayuh,bangkit dan terus mara!


Dealing with human is not easy as we think.It needs human skills to handle many situation.with the strength of 67 executives,I'm also have 67 hearts to take care of and 67 soul to be understood...i need to position myself according to the soul and hearts...and believe me it's really hard...


We can't satisfy each and everybody in our life. What we can do is only doing the best thing in win and win situation.To all, this is the best that we can do because the rest is God's act.


CAN'I-Constant And Never-ending Improvement is a quote that gives us the spirit continuosly.


Who is willing to be the next generation to continue this heritage.believe me,it's really need patient,passion,spirit,common sense and the value of yours!


ALL THE BEST FOR ALL EXECUTIVES OF MALAM ANUGERAH KURSHIAH 2009. KEEP YOUR GOOD WORK,WORK SMART AND PRAY HARD FOR THE BEST..LOVE ALL..THANK YOU!!!

Director
Malam Anugerah Kurshiah 2009
3rd Residential College
University of Malaya