ANUGERAH & KRITERIA
ANUGERAH LENCANA SEPARUH SUKAN
Anugerah ini diberikan kepada penghuni yang telah mewakili kolej dalam satu-satu permainan atau sukan yang telah menunjukkan prestasi yang tinggi dan mengharumkan nama kolej sepanjang sesi ini. Anugerah ini diberikan kepada pelajar tahun satu
ANUGERAH LENCANA SEPARUH KREATIF
Anugerah ini diberikan kepada penghuni yang telah mewakili kolej dalam satu-satu bidang kesenian yang telah menunjukkan prestasi yang tinggi dan berjaya mengharumkan nama kolej.
ANUGERAH PENGHARGAAN PEMBANTU MAHASISWA
Anugerah ini diberikan kepada pembantu mahasiswa yang telah berkorban masa, tenaga, keringat dan wang ringgit dalam memastikan kelancaran minggu haluansiswa sesi 2008/2009. Justeru, penghargaan dan pengiktirafan diberikan atas dasar pengorbanan, komitmen dan kepimpinan yang membanggakan.
ANUGERAH STAF CEMERLANG
Anugerah ini diberikan kepada staf-staf sokongan kolej yang telah memberi mutu kerja yang berkualiti dan amat mambanggakan. Mereka terdiri daripada staf-staf dari bahagian dewan makan , pejabat dan bahagian pembersihan kolej.
ANUGERAH KEPIMPINAN HARAPAN
Anugerah ini diberikan kepada ahli jawatankuasa bagi setiap JKP dan PROJEK yang ada di Kolej Kediaman Ketiga. Salah seorang daripada ahli jawatankuasa bagi setiap JKP dan projek akan dipilih. Mereka terdiri daripada mereka yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dalam organisasi, telah berjaya mengharumkan nama JKP dan PROJEK masing-masing serta menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan bagi sepanjang sesi.
ANUGERAH KHAS BERPASUKAN
Anugerah ini diberikan kepada pasukan yang cemerlang sama ada dalam bidang seni atau sukan di peringkat kolej dan universiti. Pasukan ini adalah komiti yang telah berjaya dalam mencernakan semangat bekerjasama, kesungguhan dan komitmen yang membanggakan dalam menggemilangkan setiap satu penglibatan pasukan ini dalam setiap satu aktiviti.