1. Sebagai penghargaan kepada warga Kurshiah yang aktif dalam pelbagai aktiviti kolej
Malam Anugerah Kurshiah merupakan satu medium untuk memberikan penghargaan kepada warga kurshiah yang aktif dalam setiap aktiviti kolej yang dijalankan. Mereka akan diberikan trofi dan sijil penghargaan.
2. Untuk mengeratkan perpaduan dan integrasi di antara warga Kurshiah yang berbilang kaum
Pada malam tersebut, warga Kurshiah yang berbilang kaum akan hadir bersama-sama untuk menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini serta membentuk ikatan perpaduan yang kuat.
3. Membentuk sifat kepimpinan dikalangan eksekutif pelaksana Malam Anugerah Kurshiah
Dengan menguruskan Malam Anugerah Kurshiah, eksekutif pelaksana M.A.K akan mempelajari cara bekerja di dalam suatu organisasi dan juga berhadapan dengan pihak luar sama ada dari pihak kerajaan mahupun organisasi bukan kerajaan, syarikat-syarikat gergasi, dan juga pihak pengurusan hotel. Hal ini akan menajamkan 'soft skill' eksekutif pelaksana M.A.K untuk menganjurkan acara yang lebih besar di alam pekerjaan kelak.
4. Untuk menjadikan Kolej Kediaman Ketiga sebagai kolej yang berprestij di kalangan universiti
Melalui kerjasama dengan pihak luar, terutamanya dengan syarikat-syarikat besar dan terkenal, akan sekaligus memperkenalkan Kolej Kediaman Ketiga kepada pengetahuan umum. Selain itu, dengan sistem protokol dan pengaturcaraan majlis yang bersistematik boleh dijadikan contoh kepada pihak lain.