Senarai Anugerah Fasa 2

ANUGERAH & KRITERIA

ANUGERAH PROJEK TERBAIK

Anugerah ini diberikan kepada projek yang telah berjaya menjayakan aktiviti dengan gilang-gemilang di samping mempamerkan nilai-nilai terbaik seperti semangat kerjasama, berpasukan, kemasyarakatan dan sebagainya. Pendapatan dan perbelanjaan juga perlu menepati kriteria tertentu dan terbaik dalam pengurusan sekretariat dan kewangan. Setiap projek perlu menghantar kertas kerja dan membuat pembentangan di hadapan panel yang dilantik.

ANUGERAH OLAHRAGAWAN & OLAHRAGAWATI


Anugerah ini diberikan kepada ahli sukan yang telah menunjukkan prestasi yang terbaik di kalangan penghuni kolej sepanjang sesi 2008/2009. Pemenang anugerah ini dipilih berdasarkan sumbangan yang diberikan kepada kolej dan universiti.


ANUGERAH JASA BAKTI

Anugerah ini diberikan kepada penghuni-penghuni yang telah menyumbangkan bakti yang membanggakan kepada aktiviti-aktiviti di kolej. Anugerah ini dikhaskan kepada pelajar senior. Tujuan pemberian anugerah ini adalah sebagai tanda penghargaan ke atas jasa dan sumbangan mereka.


ANUGERAH PENGHARGAAN JIK/JTK

Anugerah ini diberikan kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk Kolej bagi sesi ini. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin di peringkat kolej yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga dalam memastikan segala bentuk kegiatan dan kehidupan di kolej berjalan dalam keadaan harmonis.


ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG TAHUN 1/2/3

Anugerah ini diberikan kepada penghuni kolej yang merupakan seorang pemimpin mahasiswa yang seimbang dari segi penglibatannya di dalam aktiviti-aktiviti kolej dan kecemerlangan akademik. Mereka terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan 3 yang telah berjaya merealisasikan matlamat kolej yang ingin melahirkan pemimpin yang pandai mengimbangi kehendak diri, masyarakat dan negara.

ANUGERAH KHAS PENGETUA


Anugerah ini diberikan kepada mahasiswa/I kolej yang telah menunjukkan prestasi kerja sebagai ahli komuniti kolej dalam melicinkan lagi kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi ini. Mereka adalah mahasiswa/I kolej yang telah berjaya mengikut dan menepati penilaian pengetua kolej.

ANUGERAH KURSHIAH

Anugerah ini diberikan kepada penghuni kolej yang telah berjaya mengharumkan nama kolej di peringkat Universiti Malaya. Pemenang ini terdiri daripada mereka yang telah berjaya memegang amanah yang diberikan dan berjaya membawa kejayaan dalam setiap aktiviti yang dipegangnya. Anugerah ini adalah anugerah yang tertinggi di Kolej Kediaman Ketiga yang akan diberikan kepada mereka yang seimbang dari segi akademik dan kegiatan pelajar.